Jangan kamu menyembah kecuali
kepada Allah s.w.t.Ketika kesesatan mula tersebar dalam kehidupan
masyarakat, tidak ada seorang pun yang tidak terikut melainkan seorang
lelaki yang duduk dalam kesedihan. Beliau satu-satunya manusia yang
masih berpegang dengan wasiat Adam a.s. ahawa syaitan itu musuh bagi
anak cucu Adam seluruhnya.
Lelaki tersebut ialah Nuh bin
Lamuk yang sentiasa beriman kepada Allah s.w.t. Nuh a.s. lahir setelah
Nabi Adam a.s. wafat yang jaraknya 10 abad (1000 tahun).
Sebuah hadis riwayat al-Hakim,
al-Tabari dan lain-lain, daripada Abu Umamah r.a. beliau berkata: “Ada
seseorang bertanya: ‘Ya Rasulullah, apakah Adam itu seorang Nabi?’ Jawab
Baginda: ‘Ya.’ Lelaki itu bertanya lagi: ‘Berapa lama jarak antara
dirinya dengan Nabi Nuh a.s.?’ Baginda menjawab: ‘10 abad!”
Secara umumnya dapat dikatakan
bahawa Nabi Nuh a.s. diutus Allah Taala ketika manusia menyembah
berhala dan taghut serta tenggelam dalam kesesatan dan kekafiran,
kemudian Allah Taala mengutusnya sebagai rahmat bagi umat manusia.
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas,
beliau berkata: “Jarak umur antara Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s.
ialah 10 abad. Semua orang pada masa itu memeluk Islam.”
Dalam kitab Qasas al-Anbiyaj Imam
Ibn Kathir rhm. menyebut: “Setelah berabad-abad kejayaan Islam,
keadaan berubah menjadi sebaliknya iaitu ketika manusia beralih kepada
penyembahan berhala.” Penyebab perubahan itu seperti yang terdapat
dalam hadis riwayat Imam al-Bukhari daripada Ibn Abbas
tentang pentafsiran ayat Allah s.w.t. dalam surah Nuh ayat 23 yang
bermaksud: “Dan mereka berkata: ‘Jangan sekali-kali kamu meninggalkan
(penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan sesekali kamu meninggalkan
(penyembahan) Wad, Suwa‘, Yaghuth, Ya‘uq dan Nasra.”’
Ibn Abbas mengatakan: “Nama-nama
tersebut ialah nama orang soleh daripada kaum Nabi Nuh. Ketika mereka
wafat, syaitan membisikkan
kepada kaumnya agar mereka membuat patung orang soleh antara mereka dan memberikan nama patung-patung mengikut nama-nama orang soleh tersebut. Mereka patuh pada bisikan syaitan itu. Pada mulanya patung-patung tersebut tidak disembah, namun setelah mereka meninggal dunia, maka patung-patung itu akhirnya disembah.” Ibn Abbas berkata Iagi: “Berhala-berhala yang ada dalam kalangan kaum Nuh akhimya muncul tengah-tengah bangsa Arab.” Buat Patung Agar Lebih Bermotivasi Beribadat? Ibn Jarir dalam tafsirnya, Jami’ al-Bayan menyebut: “Merekalah orang soleh yang hidup antara waktu Adam dan Nuh. Mereka mempunyai ramai pengikut setia. Selepas mereka meninggal, para pengikutnya berbincang. Ada yang mencadangkan: ‘Bagaimana jika kita membuat patung-patung mereka kerana dengan demikian, kita akan lebih kuat beribadat jika teringat kepadanya. “Maka para pengikut mereka membuat patung- patung tersebut. Apabila para pengikut orang soleh tadi telah meninggal dunia dan berganti dengan generasi baru, iblis datang menggoncang hati mereka. Iblis berkata: ‘Jika kamu bersedia menyembah mereka, maka hujan akan turun kepadamu.’ Mereka pun bertekad menyembah patung-patung tersebut.” Menurut Dr. Hamid Ahmad al-Tahir dalam kitab beliau Qasas al-Anbiya’li al-Atfal, Nabi Adam a.s. meninggal dunia setelah mengajar anak cucunya agar hanya menyembah Allah dan tidak mensyirikkannya dengan sesuatu pun. Baginda wafat setelah menceritakan kepada mereka mengenai kisahnya dengan iblis agar diambil pengajaran dan peringatan, malah ditegaskan kepada mereka bahawa iblis itu musuh bagi mereka. Hari berganti bulan, bulan berganti tahun hinggalah anak cucu Adam bertambah jumlahnya. Kebanyakan mereka telah melupakan nasihat dan
wasiat yang telah disampaikan oleh Adam a.s. Hanya segelintir sahaja yang masih ingat dan mengikuti ajaran yang dibawa Adam a.s. Akan tetapi, setiap masa pasti ada orang soleh yang sangat dicintai masyarakat dan penduduk sekitarnya kerana mereka dapat memberi petunjuk dan menunjukkan jalan menuju Allah s.w.t. Apabila orang soleh itu meninggal dunia, penduduk tempatan membuat patung khusus untuknya dengan tujuan agar mereka selalu dapat mengingat dan tidak lupa untuk meniru jejak hidup orang soleh tersebut. Antara orang soleh tersebut, terdapat lima orang yang terkenal iaitu Wad, Suwa’, Yaghuth, Ya‘uq dan Nasra. Ketika mereka meninggal dunia, masyarakat pun segera membuat patung orang soleh itu untuk mereka. Agenda Licik Iblis Seiring dengan berlalunya waktu dan masa yang cukup lama sehingga 10 abad atau 1000 tahun sejak kewafatan Adam a.s., mereka telah melupakan nasihat dan wasiat Adam a.s. Mereka lebih suka tunduk pada kemahuan dan pujukan iblis sehingga mereka kufur kepada Allah s.w.t. dan tidak mahu menyembahnya. Di sinilah iblis mendapat peluang untuk menjalankan misinya untuk menyesatkan anak cucu Adam a.s. yang sangat dibencinya dan menyebabkan ia mendapat kutukan Allah s.w.t. seterusnya mengeluarkannya daripada rahmat Allah. Lima buah patung orang soleh tadi terkubur di bawah tanah. Selanjutnya apa yang iblis cuba lakukan? Iblis telah menjelma menjadi seorang lelaki kemudian dia bertanya kepada penduduk-penduduk: “Apa yang kamu semua sembah?” Para penduduk menjawab: “Kami tidak menyembah apa-apa pun.” “Adakah kamu semua mahu aku tunjukkan tuhan yang menjadi sembahan nenek moyang kamu semua?” iblis mula mencadangkan sesuatu agar anak Adam sesat. “Ya, kami mahu.” Ibarat lembu dicucuk hidungnya, para penduduk tersebut mengikut tanpa banyak bantahan. Kelihatan agenda iblis begitu mudah dilaksanakan. Iblis pun menunjukkan lima buah patung kepada mereka, lalu iblis berkata kepada mereka: “Inilah tuhan yang telah menjadi sembahan nenek moyang kamu semua.” Kata-kata iblis ini terus dipercayai oleh mereka. Bermulalah sembahan terhadap patung yang pertama dalam sejarah manusia. Mereka menyembah lima buah patung tersebut iaitu Wad, Suwa’, Yaghuth, Ya‘uq dan Nasra. Mereka tidak menyedari bahawa patung-patung tersebut tidak dapat mendengar dan tidak pula dapat berkata-kata. Patung-patung tersebut hanyalah batu-batu yang mereka buat sendiri. Begitulah liciknya iblis laknatullah. Masih Ada Lagi yang Beriman Melihat keadaan masyarakat yang menyembah berhala, Nuh berasa gelisah, lalu Baginda bertafakur tentang alam sekelilingnya yang menakjubkan. Kemudian Baginda membuat kesimpulan bahawa alam yang elok ini pasti ada Tuhan Yang Maha Agung yang mencipta. Selain memikirkan tentang keindahan dan keagungan ciptaan Allah Taala, Nuh a.s. juga selalu teringat tentang wasiat dan nasihat bapanya. Dalam wasiat tersebut bapanya berkata: “Jangan kamu menyembah, kecuali kepada Allah s.w.t.” Baginda juga ingat akan nasihat bapanya: “lblis ialah musuh bagimu.” Ketika itu tiada seorang pun di muka bumi ini yang beriman kepada Allah s.w.t. kecuali hanya seorang sahaja iaitu Nuh a.s. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Najm ayat 52 yang bermaksud: “Dan kaum Nabi Nuh sebelum itu (telah juga dibinasakan). Sesungguhnya mereka adalah orang yang sangat zalim dan sangat melampaui batas.” Wallahu a’lam. Sumber: cahayapurnama.com

0 komentar:
Posting Komentar